Peningkatan Gurun

 


Sebab-sebab:

Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada pengeksploitasian alam yang berikut:


  • Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian
  • Pengeksploitasian sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan perindustrian
  • Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian dan penternakan 


Kesan-kesan:
  • Mengurangkan kepelbagaian spesis organisma (biodiversiti)
  • Semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir kepupusan.



Cara-cara mengatasi:

  • Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah daripada terus terhakis.
  • Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas.
  • Penyemburan petroleum untuk melindungi biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup.