Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon dihasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.
Penipisan lapisan ozon
Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.
Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini:
- Lapisan Ozon semakin menipis.
- Penggunaan bahan Kloroflorokarbon(CFC)semakin bertambah.
- Semakin banyak industri berkembang di merata dunia.
- Kerajaan mengalakkan berkereta kongsi.
- Isu ujian nuklear sering diperbincangkan.
- Penyakit kulit semakin berleluasa.
- Paras air semakin menigkat.
- Suhu dunia semakin meningkat.
Punca-punca:
1) Penggunaan bahan kloroflorokarbon
CFC bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultra ungu yang tinggi contohnya peti sejuk, pendingin hawa.
2) Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian, asap mengandungi karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
3) Pelepasan nitrogen dioksida
Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom,pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah.
4) Pembalakan hutan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
5) Bilangan kenderaan bermotor
Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di straosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.
Kesan-kesan:
1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.
2.Menjejaskan bekalan air kepada penduduk – cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.
3. Penyakit berebak seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.
4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas.
5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi penempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.
6. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk.
7. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak 2mm setahun.
8. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.
9. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan se dan mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
10. Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan.
11. Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibody badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan.
12. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pertumbuhan tanaman seperti proses berbunga antara tananman yang terjejas ialah gandum, kacang soya.
13. Menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikandan pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan ikan.
Langkah-langkah mengatasi:
1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
2. Pengurusan strategik
- Guna Tenaga alternatif
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear
- Mengurangkan pembakaran terbuka
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan
teknik kawalan biologi
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan
3. Pendidikan
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
-pendidikan melalui subjek di sekolah.
4. Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.
- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya.
- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan adalah satu contoh yang baik ke arah ini.
5. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).
- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.
- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.
- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.
6. Kerjasama dan komitmen antarabangsa.
- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing.
- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.
7. Komitmen dan usaha peringkat nasional.
- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah ini.
- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.
8. Tindakan atau peranan sebagai pengguna
- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.
- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.
- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.