Hakisan Tanah

Takrif:

Landskap dibentuk oleh proses-proses hakisan longgokan. Air dan angin bertindak tidak berhenti-henti ke atas pelbagai batuan atau tanih dan membawa serpihan-serpihan batuan dari sebuah tempat ke sebuah tempat. Graviti sentiasa membantu proses-proses seperti kesotan tanih, runtuhan tanih dan fenomena yang berkaitan dengannya. Ais dari semasa ke semasa pula memperlihatkan peranan melalui tindakan glasier. Semua ini merupakan agen-agen hakisan geologi. Dengan ini dikatakan bahawa hakisan tanah terbahagi kepada dua bahagian yang penting iaitu hakisan geologi dan hakisan manusia.

Punca-punca:

1)Hakisan geologi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan agen-agen
yang menyebabkannya iaitu:

A ) hakisan oleh air
Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang panjang akan mencungkilkan tanih, merosakkan penggranulan dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengah-setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu kuat sekali sehingga granul-granul tanih yang terkenal bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan hujan, tanih akan terdedah dan mungkin lenyap.

Hakisan galur pula adalah secara meluas. Misalnya permukaan yang dikatakan licin itu terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Oleh itu, sebahagian dari bahan-bahan ini diperolehi dari kawasan antara galur yang dihanyutkan ke dalam galur oleh aliran dataran dan percikan hujan.


Hakisan gerakan jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan. Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.


B ) hakisan oleh angin
Hakisan jenis ini ialah semua jenis tanih dan serpihan-serpihan batu ditiup oleh angin ke tempat lain. Di kawasan lembap, hakisan angin selalu diketepikan kerana kesannya jarang sekali teruk berbanding dengan kesan hakisan air. Bahan tanih yang subur di permukaan ditiup angin sehingga berpuluh-puluh kilometer ke atas.

C ) hakisan oleh salji dan glasier
Hakisan glasier terhad kepada gunung-gunung tinggi seperti ALP dan ROCKY dan sedikit sebanyak di kawasan garisan lintang tinggi. Hakisan salji adalah keadaan yang menyebabkan air yang terdapat dalam retakan di bawah glasier mengalami pembekuan dan pencairan yang membantu dalam tindakan pemecahan.

Hakisan oleh perbuatan manusia :

a) Pertanian pindah, iaitu penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka tanah baru bagi aktiviti penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut terdedah kepada hakisan. Kawasan itu akan hilang perlindungan pokok . Ini akan menyebabkan air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam tanah akibat tidak mempunyai akar tumbuhan yang menyerap air dan juga tidak mempunyai akar tumbuhan untuk mencekam tanah. Ini akan membawa kepada wujudnya hakisan galur-galir .

b) Perumahan, penebangan dan pembakaran hutan untuk membuka tanah baru secara tidak terkawal bagi menjadi tapak pembinaan. Tanah secara lansung mendedahkan kepada hakisan. Apabila hari hujan, tanah dan batu di tapak pembinaan akan mengalir bersama air hujan ke dalam sungai yang berhampiran. Ini menyebabkan air sungai menjadi keruh dan kotor.

c) Pembalakan, penebangan pokok untuk memenuhi keperluan sekunder telah mendorong kepada pembukaan tanah secara meluas. Kehilangan hutan menyebabkan berlakunya kehilangan kawasan tandahan air . Apabila hujan turun dengan lebatnya, permukaan tanah yang terdedah akan tercungkil dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.

d) Perlombongan , aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang. Akibat daripada aktiviti perlombongan ini telah menyebabkan tumbuh- tumbuhan musnah dan secara tidak lansung telah membawa kepada kerosakkan ekosistem.

Kesan –kesan hakisan

Gangguan ekosistem :
- Akibat daripada Tanah dan batu yang terhakis akan terjatuh terus ke dalam sungai , ini akan menyebabkan kematian hidupan laut.

Pencemaran air:
- Tanah yang terjatuh ke dalam sungai akan mengeruhkan air sungai dan ini akan menjejaskan kualiti air sungai.

Sungai semakin cetek
- Bahan-bahan yag dihakis dan diangkut oleh air hujan akan termendap di bahagian-bahagian dasar sungai, ini menyebabkan keluasan dan kedalaman sungai terjejas.

Banjir
- tanah-tanih yang termendap di dalam sungai menyebabkan sungai menjadi cetek, ini seterusnya menyebabkan air sungai tertumpah keluar dan berlakunya banjir.

Langkah-langkah

• Menggantikan pertanian pindah kepada pertanian kekal
- menetapkan sebuah tempat sebagai kawasan penanaman.

• Tanaman tutup bumi
- tanaman sering ditanam di bawah pokok besar iaitu getah dan kelapa
sawit. Cth tanaman : pueraria phaseoloides, calopogonium mucunoides.

• Tanaman bergilir
- menanam tumbuhan secara bergilir-gilir untuk mengurangkan kemerosotan kualiti
tanah.

• Pertanian cerun
- membina deres yang mempunyai benteng.