Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,punah.
Perubahan pada masa kini
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.
• Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
• Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.
1.Masalah pembalakan haram
►Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan pada tahun 1986 hingga jun 1990,terdapat 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
►Pembalakan haram termasuk spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
►kegiatan pembalakan juga memusnahkan spesis tumbuhan seperti tumbuhan kecil.Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup kehilangan habitat.
2. Pembakaran Hutan
►Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera.
►Secara tidak langsung, hidupan dan tumbuhan di sekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati.
►Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan.
►Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius.
3. Pembukaan Tanah Baru
►Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan .
►Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi.
►Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kawasan yang lebih luas diperlukan untuk membina rumah,kawasan industri,perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.
►Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.
4. Pemburu Haram
►Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan.
►Pemburu haram bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
►Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa .
►Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
5. Peningkatan Suhu Dunia
►Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
►Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
►Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
6. Pencemaran
►Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus akibat pencemaran air seperti tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
►Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama.
7. Aktiviti Perikanan
►Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.
►Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
8. Pembangunan
►Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor.
►Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
►Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.